Logo SK Kampong Tengah
Dengan Moto BERILMU, BERIMAN, BERAMAL
Dengan Moto BERILMU, BERIMAN, BERAMAL
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan bagi
menempatkan anak-anak disekitar kampung kuala kemaman, yang sebelum ini
bersekolah di sekolah kebangsaan geliga yang terletak kira-kira 3 km dari
sekolah ini. Ia juga dapat mengatasi masalah pengankutan dan kekurangan bilik
darjah di sekolah kebangsaan geliga.
Anak-anak yang belajar disekolah
ini adalah meliputi kampung kuala kemaman, kampung kubur tok panjang, kampung
tengah, rumah murah geliga, kampung habib mohsin dan kampung ibai.
Pembinaan sekolah ini telah bermula
pada tahun 1993 dengan 3 blok bagunan dan sebuah kantin. Ianya siap pada tahun
1995. Sesi persekolahan pertama pada
1.12.1995 dengan menerima seramai 450 orang pelajar, 23 orang guru dan 3 staf
sokongan.
Pada tahun 1999, sebuah dewan
sekolah dibina bagi memudahkan sebarang aktiviti dijalankan. Pembiayaan
pembinaan dewan itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat TIOXIDE. Pada tahun 2001 sekolah ini telah
mendapat tambahan 2 bangunan 3 tingkat bagi menampung keramaian pelajar yang
kian meningkat.
Bil
|
Nama Guru Besar
|
Tahun
|
1
|
Zubir Bin Khalid
|
1995 - 1999
|
2
|
Anuar Bin Taj Mamat
|
1999 - 1999
|
3
|
Mamat Bin Ibrahim
|
1999 - 2004
|
4
|
Ramlan Bin Ramli
|
2004 - 2010
|
5
|
Zaini Binti Mat Nor
|
2010 - 2013
|
6
|
Haslah Bin Salleh
|
2013 - Sekarang
|
0 comments:
Post a Comment